Monday, February 4, 2013


PERRRRRGH lama gila taak update!!!!


Salam semua.. Sejak2 dah beranak dua ni (e eh, dah dua!) kehidupan harian semakin lah BZ.. Alhamdulillah, masih boleh handle berkat izin Allah yang bagi pinjam nyawa dari hari kesehari..

-> Apa yang baru tentang diri ini
1. Berusaha dan paksa diri jadi mengunjung gym secara konsisten (nak turunkan berat badan). Nak dapat balik berat 50kg macam dulu.. uhuhuh semoga suma ni tak jadi hangit2 taik lembu aje.. kejap je buat, kendian lemau.. ape pon tak bleh!
Saya yang bersemangat waja nih! Bukan jauh pon, dekat opis je.. tq NSTP coz provide us with high quality excersice equipment.. kalo tak rajin gak ke gym ni, mmg saya ni dasar pemalas tahap dewa.

2. Tengah mencuba produk baru dari Fellina Beauty iaitu lotion Fellina Inchloss (FI) da Fellina Pure Marine Collagen Plus Vitamin C (PCPVC). Lotion FI untuk sapu dikawasan lemak degil. Lepas beranak hari tu lemak still degil, tp berkat menyusu badan ade la kurang skit lelemak tu suma, dengan FI harap2 lebih membantu supaya lemak tu cair cepat.. dan PCPVC pulak untuk kurang kan kedut-kedutan kat muka ni,, menganjalkan kulit, mencerahkan n menaikkan seri muka.. In Sya Allah saya harap dapat membantu saya mengatasi dan memperlahankan proses penuaan.. kepada yang tak tau, tahun ni bulan 9 saya sudah dalam kategori 3 series.. eheheheh..
Beli produk ni secara online.. sbb was-was bli kat kedai, btw produk ni laris so sure ade yang ambil kesempatan untuk kaut keuntungan secara HAROOOOM!


3. Tengah berusaha meneruskan pengusuan secara ekslusif kepada puteri kedua (Nur Aisyah). Saya memang berharap untuk menyusukan Aisyah selama mungkin. Biarlah dia menikmati susuku sepuas-puasnya.
Ya Allah, Tuhan Maha mendengar, perbanyakkan lah susu ku, kuatkan lah rezeki untuk anakku, Amin..

Jangan sesekali nak skip jadual perahan, kalo shot susu tu, sila salahkan diri sendiri ye..


 4. Meneruskan pengambilan produk terpanas dari Shaklee tak lain tak bukan ESP.. untuk detail sy copy paste dari http://sweetbonda.blogspot.com/2012/07/esp-shaklee-memang-istimewa.html

Mengapakah ESP Shaklee ini istimewa?
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
ESP ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan  9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala kandungna Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Tahukah anda?

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat ESP:
1. Awet Muda - Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
Apa itu Asid Amino?
- Protin terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

- Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.


2. Baik untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
4. Kulit yang cantik - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
5. Pembekal tenaga -  Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
6. Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
7. Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Mengapakah Protin Penting?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormonn dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
****
Kerana itulah kalau anda perasan kebanyakan set yang kami tawarkan ada ESP. Ini adalah kerana ESP membantu penyerapan vitamin-vitamin lain secara optimum. 

ESP adalah protin. Protin membina sel-sel baru dan menggantikan sel-sel lama. Sebab tu sesiapa yang mengamalkan ESP ini dalam tempoh kitaran 21 hari akan nampak perubahan di wajah (sel lama digantikan dengan sel baru), manakala sel badan akan digantikan dalam kitaran 90 hari. 

Dan untuk pengetahuan, ESP merupakan antara produk yang TERLARIS di Shaklee. 
http://www.shaklee.com.my/img/products/Image23622426.jpg
Saya dah masuk bekas kedua..sebekas ni boleh tahan dua bulan.. ya, 2 BULAN lamanya, sebab sekali hidangan hanya memerlukan sesudu sahaja. Dicampur pulak dengan susu Dumex Dumil Mama (4sudu) atau apa2 jenis susu tepung (fersh milk pon boleh), hasilnya amatlah sedap (bagi yng minum susu putih mungkin suka dengan kombinasi ini). Bolehla google kalo nak tau resipi2 pengguna yang lain tentang cara penyediaanya, sbb ade antara dorang ni tak leh minum susu.

  5. Membesarkan Alya dengan kesabaran, sebab dia dah dapat mulut.. jadi banyak benda yang nak ditanyakan.. itu ini, begitu begini.. sabar.. Otak mereka ketika ni sedang berkembang pesat, so memang banyak perkara2 pelik yang ditanya. Saya pon harus dan wajib bagi jawapan yang dia boleh paham, kalau tak soalan dia boleh extend sampai berhari2..

Alya yang happy, kita boleh jadi geng shopping lepas ni sayang oi!
6. Membesarkan Aisyah dengan kasih sayang, seorang anak yang cukup2 senang untuk diuruskan, semenjak dari dalam perut memang senang nak jaga, tak lasak, Alhamdulillah, syukur atas pemberian Mu ya Allah!

Sicomel tembam, mama sayang sgt2 pada kamu dan kakak kamu.. oh puteri2 shopping ku.. hik hik..





7. Berusaha menjadi hamba yang taat pada Allah, isteri yang solehah pada suami tersayang, ibu yang terbaik untuk anak2, anak yang menyayangi ibu dan ayah, pekerja yang dedikasi kepada syarikat, kawan yang membantu kepada sahabat yang lain.. In sya Allah, Amin!

Sekian, itu sahaja nukilan saya kali ni, hopelly saya tak malas nak update blog saya ni, sebab pengaruh FACEBOOK teramat kuat untuk saya tepis.. saya mesti cuba, sehari 1 post k.. As salam semua!

No comments:

Post a Comment