Monday, August 28, 2017

SIMPACK CELCOM XPAX MURAH GILA WOOOOOI!

💣Promosi SIMPACK!
💣Promosi SIMPACK!
💣Promosi SIMPACK!

👉 Simpack ni khas untuk 25 TAHUN KEBAWAH



👉 dan yang rajin buat IDD CALL KELUAR NEGARA



💥 Simpack Celcom XPAX RM10 kini RM8 sahaja!

🕶️ Muda mudi bawah 25 tahun dapat 50% extra data setiap kali lepas topup!

🕶️ Yang rajin call luar negara
seperti ini 👉 🇧🇩🇨🇳🇮🇳🇲🇲🇳🇵🇵🇭🇵🇱🇹🇭🇻🇳 anda akan dapat RATUSAN MINIT BERCAKAP UNTUK SEMINGGU setiap kali topup minimum RM9!

BERBALOI-BALOI KAN! 💪😋

Mana nak dapat? Datang la kedai topup kami di Taman Mulia Jaya, atau kami hantar kepada anda (Ampang dan sekitarnya)

😎 Atau hubungi: Izah (012-6494916) @ Shima (011-11139720)

EXTRA 😎👉 mana yang cari starter pack line yang lain:
👍 Umobile (RM10 kita jual RM8) 🤗
👍 DiGi (RM10 kita jual RM8) 😘
👍 Maxis HOTLINK (RM10 kita jual RM8 jugak!!!) 😋

Banyak pilihan simpack di kedai topup kami, silalah singgah!


Jangan malu jangan segan, kami sedia membantu! Kepuasan pelanggan matlamat kami.

Sunday, August 27, 2017

AISYAH YANG SUPER EXCITED SAMBUT KEMERDEKAAN

Mendeka! Mendeka! Mendeka!


Itu la pelat aisyah yang masih tak dapat mama dia perbetulkan.

Mama cakap 'merdeka'.. dia cakap 'mendeka!!!!'

Ok la jugak dari kakak masa kecil dulu pelat yang keluar bukan 'mendeka' tapi 'PENDEKA!!!!!' LAGI HARU!



it's ok, pelat kalian yang buat kamu comel.. 😄.

Mama harap kamu comel sampai ketua.. amin.






TOLONG!!! ADA ORANG LEMAS!!!

Tolong Ya Allah.. Allah maha besar..

Apa yang terjadi atas kekuasaan dan perancangan-Nya jua..

Petang ni ( kira2 pukul 5.15pm)  sy menyaksikan 5 beranak terkapai2 dalam kolam renang sedalam 4 meter..

Mulanya semua ok (dari cerita ibunya) siadik perempuan main2 terjun.. entah mcm mana air dh masuk hidung, xdpt nak tarik nafas terus tenggelam timbul dalam kolam..

Sikakak nmpk, terus terjun selamat adik.. kakak xberjaya adik lelaki tolong nak selamatkan yg berdua tadi.. adik lelaki pun dh penat terjun pulak adik lelaki bungsu.

Masa ni sy nmpk kejadian ni, sbb baru je naik ke area pool. Saya ingat dorng buat ape ramai2 dalam kolam sbb silau mata hari buat pandangan saya kurang jelas. bila sy tgk betul2.. 4 orng adik beradik tengah lemas dalam kolam! Astaghfirullah!!

Kejadian tu berlaku bawah area papan anjal (kanan). Itu adalah kawasan paling dalam!. 

Semua pun dh tenggelam timbul dalam air, mak pun dh panik nmpk ank2 semua depan mata tak berdaya dalam kolam, dia pun terjun nak selamatkan ank2 (naluri seorng ibu). Masa ni saya lagi panik sbb 5 orang dalam kolam!

Kakak dan anak-anaknya sedang menenangkan diri. 

Bila semua dh main tarik2 sebab nak bernafas (ya Allah masa ni saya macam nak pengsan lutut dah mengeletar semua) yang keluar dari mulut masa tu hanya ALLAHUAKBAR!!!

dah la tak da sorng pun masa tu kat area pool. Bila nampak ade sorng akk ni (xtau nama dia) saya jerit la minta TOLONG! TOLONG ADA ORANG LEMAS!!!)


masa ni 5 beranak tadi masih saya xdpt capai, mereka agk ketengah dan jauh dri capaian saya.. saya nak terjun? Aduh saya pun xtau berenang.. ape yang boleh sy buat saya hulur kaki (saya pakai skirt jeans labuh) sambil berpaut pada papan anjal, tak sampai jugak saya try hulur tangan.. saya minta kat akk tu dan semua bawak bertenang dan jangan panik ( walhal saya lagi panik nmpk 5 orng bertarung nyawa dalam pool).

Mereka 5 beranak minta diri untuk berehat didalam kereta. Semuanya masih dalam keadaan trauma.

Tak tahu entah mcm mana sikit2 mereka yg terkapai2 tu hampir ketebing (Alhamdulillah saya yakin ini bantuan Allah) .. disitu kaki saya dah boleh dicapai, saya tarik sorang2. akk yg baju kuning tadi dh boleh tarik yang lain ketebing.

Saya capai la mana yg patut, xdapat capai baju saya capai rambut jnji muka ank2 akk tu keatas (adik perempuan).

Alhamdulillah, syukur ya allah akk tu dan 4 orang anak nya berjaya diselamatkan, saya dan kakak baju kuning sama2 tarik seorang demi seorang keluar dari pool.. saya berlari dgn kaki ayam ke padang B untuk panggil suami (abang zaim) akk tadi dan maklumkan ape yg berlaku diatas sana.

Skirt saya masih basah.. dan saya pun sedikit trauma. Ambil masa juga untuk percaya dengan apa yang telah berlaku tadi.. Astaghfirullah a'lazim.. 

Kesian pada adik perempuan yang kecik batuk2 dan susah nak bernafas, saya tepuk2 belakang bagi dia muntah, agaknya dh banyak sgt air yang masuk dalam paru2 dia. Alhamdulillah dia ok.

Akk tu kesian sangat, lutut dia mengeletar, kene papah dia berdiri, muka pucat lesi.. ank2 yang lain masih tergamam sebab mcm tak percaya lepas apa yg dh berlaku keatas mereka tadi. Kesihan mereka semua (sedih) 😥

Saya? Basah lencun skirt semua.. tapi tak mengapa janji 5 nyawa dah selamat. Terima kasih Allah atas bantuan- Mu, Kau Maha Mendengar jeritan hamba2 mu yang dalam kesusahan.

Terima kasih jugak atas pertolongan kakak baju kuning yg sudi dtg berlari2 anak menolong kami semua tadi.. Hanya Allah yang dpt membalas jasamu.

2 orang dari mangsa yang saya sempat bergambar dengan mereka. Agak lama mereka di surau untuk tenangkan diri. Esakan tangisan sikakak (belajar di Politeknik) sangat sayu, saya berikan kata-kata semangat untuk dia, dan yakinkan peristiwa tadi adalah hikmah dari Allah.

Saya harap akk tadi dan anak2 bawak2 berehat dan tenang kan fikiran, kita sama2 bersyukur diberi nikmat umur yang panjang untuk meneruskan hidup kita didunia ini..

Jangan la anggap saya sebagai hero, tapi anggap la saya sebagai manusia yang bertanggungjawab terhadap manusia yang lain dan membuktikan nilai kemanusiaan masih wujud dalam golongan masyarakat kita pada hari ini.

Sesungguhnya apa yang terjadi atas perancangan dan kehendak-Nya jua, pasti ada hikmah yang Allah nak sampaikan pada kita melalui peristiwa ini.. saya turut sama-sama insaf, nikmat hidup kalau Allah nak tarik hanyalah sekelip mata sahaja. Ya Allah.. nikmatnya masih dapat bernyawa didunia ini..

Allahuakbar Allah Maha Besar!

Shima
6.12 pm 27 ogos 2017
Maybank training centre

Thursday, August 24, 2017

Kakak Alya dan baju bendera

Hari ni jumaat.
Kakak Alya ada acara pakaian beragam di sekolah.
Mama bertungkus lumus buat yang terbaik supaya kakak menang top 3.
Kenapa top 3?
Sebab mama tau saingan sengit2 belaka.  Banyak parent yang kreatif sekarang ni.. mcm2 fesyen baju beragam bendera yang akan keluar nanti.. tapi tak ape.. kita kene yakin top3 kita punya!!! ✌️🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Kene ucap terima kasih kat atok jugak sebab tolong potongkan bendera kepada design yang mama inginkan..

Mama doakan kakak berjaya!